
Dulu bila korang balik sekolah jer, terus pergi main bola @ masak – masak ngan kengkawan. Bila balik rumah terus jer menelapak depan TV. Nak tengok gambar nih punya pasal. Ada pulak suara mak ayah tengah teriak suruh pegi mandi. Dah tu siap pegang rotan kat depan rumah. Kena pegi mandi dulu baru boleh masuk dalam rumah... Korang pun pegi mandi ala kerbau, takut terlepas citer nih.
Tak ramai yang tahu sejarahnya. Jom kita terjah pasal citer nih...
PERMULAAN
Doraemon nih merupakan salah satu kartun yang paling ramai diminati di dunia. Dicipta oleh Fujiko F. Fujio dan diterbitkan sebagai komik siri manga Jepun dan kemudian dianimasikan. Komik Doraemon pertama kali dikeluarkan pada bulan Disember 1969. Ianya mengandungi sebanyak 1,344 cerita yang dikeluarkan oleh Shogakukan (dibawah jenama manga Tentomushi). Semua cerita ini diambil dari Takaoka Central Library di Toyama iaitu merupakan tempat kelahiran penciptanya. Walaubagaimanapun, Fujiko Fujio dikhabarkan tidak sempat menghabiskan siri ini dan menyebabkan ianya terhenti separuh jalan. Walaupun begitu, siri animasinya tetap disiarkan tanpa henti sehingga kini. Korang bayangkan berapa royalti yang dia dan pewarisnya dapat dari dulu sampai sekarang!!
Perkataan Doraemon (ドラえもん) dalam bahasa Jepun adalah gabungan 2 jenis tulisan iaitu katakana (ドラ) dan hiragana (えもん). “Dora” berasal dari “dora neko” (kucing liar) dan “Emon” merupakan sebahagian nama Jepun silam.
SIRI TV
Doraemon pertama kali dianimasikan pada 1 April 1973 oleh Nippon Television. Disebabkan tidak mendapat sambutan, animasinya dihentikan pada 30 September dan dikekalkan dalam bentuk komik sahaja sehingga pada tahun 1979, Shin-Ei Animation mengambil risiko menyiarkan siri animasi dan ianya berjaya menarik perhatian penonton. Sebanyak 1,787 episod disiarkan dan berakhir pada 25 Mac 2005.
Ianya disiarkan kembali pada 15 April 2005 sehingga kini dengan adunan suara yang baru serta rekabentuk karakter lebih menarik.
KELUAR DARI JEPUN
Dari kita kecik sehingga kini, siri animasinya masih ditayangkan di negara kita. Walaupun dah lama, tapi kita tak pernah bosan dengannya. Animasi Doraemon mula ditayangkan luar dari Jepun bermula tahun 1982. Walaupun begitu, ianya tidak ditayangkan secara rasmi di negara berbahasa Inggeris seperti US, UK, Australia dan New Zealand. RS rasa korang pun tahu bagaimana pemusuhan Jepun dengan British satu masa dulu. Ianya masih lagi segar sampai sekarang. Nasib baik dengan kita tak macam tu. Sampaikan ada penyanyi Jepun yang keluarkan lagu Lenggang Kangkung dengan Badinding di Jepun. Tak sangka diorang suka bahasa kita sampai macam tu sekali. Kalau kita ingat balik, zaman pemerintahan diorang dulu pun dah tahu cakap bahasa kita.
Komik Doraemon dikeluarkan di luar negara bermula tahun 1976 di Hong Kong. Animasi pertamanya ditayangkan di Hong Kong dan Thailand pada tahun 1982 dan masih lagi ditayangkan sekarang. Di Malaysia, Animasi Doraemon ditayangkan oleh TV1 pada tahun 1987 hingga 2001 dan disebabkan populariti yang tinggi, ianya ditayangkan semula oleh NTV7 bermula tahun 2002 sampailah sekarang. Korang kira la sendiri berapa tahun lagi akan habis... Hehe... Siri animasi dan komik diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu.
Di Eropah, Doraemon dikeluarkan dan ditayangkan di negara – negara yang bukan berbahasa Inggeris seperti Portugal, Perancis, Sepanyol, Rusia, Itali dan Cyprus. Doraemon juga pernah ditayangkan di negara – negara arab tetapi ianya tidak mendapat sambutan dan dihentikan pada episod 52. Ianya juga masih ditayangkan di negara – negara Latin sekitar Amerika.
Viz Media yang merupakan pemegang lesen sah di Amerika Utara pernah cuba mengeluarkan siri ini tetapi disebabkan terdapat pelbagai humor dan aksi – aksi yang tidak sesuai (mungkin bertentangan dengan diorang) dalam tu menyebabkan lesen penyiaran mereka dibatalkan. Walau bagaimanapun, mereka telah menyiarkan filem Doraemon : Nobita’s Dinosaur 2006 pada tahun 2008 di Washington menjadikan ianya siaran pertama di sana.
WATAK DORAEMON
Korang tahu tak yang Doraemon nih adalah robot kucing??? Tahu kan!
Korang tahu tak Doraemon takut tikus??? Tahu kan!
Tapi berapa ramai yang tahu kisah kelahiran Doraemon? Sebab apa dia takut tikus? Haa... Meh atok RS citer... Haha... Dah tua pulak!
Pernah lihat adik Doraemon??? Yang kaler kuning tuh... Kalau korang nak tahu, warna Doraemon dulu pun macam tu jugak. Cuma ada telinga macam kusing dan suara dia pun tak pecah. Sedap jer... Masa pembuatan, berlaku arus litar pintas dan Doraemon dah terkena arus tu. Lalu dia terjatuh dari tempat tersebut dan diselamatkan oleh robot penari, Doramiyako (awek dia la tu). Robot – robot seperti Doraemon dicipta sebagai pekerja awam untuk membantu manusia.
Masa di sekolah robot, Doraemon adalah robot yang selalu buat silap. Tak macam robot – robot lain. Jadi, dia dihantar ke kelas khusus dimana dia berjumpa semula dengan Doramiyako dan kawan – kawannya. Mereka belajar bersama, makan bersama, kena denda pun sama – sama. Sebelum hari ujibakat, Doraemon murung jer sebab dia pun macam Nobita jugak, semua ujian mesti dapat ‘telur ayam’ jer. Untuk menggembirakan Doraemon, Doramiyaki keluarkan Dorayaki dari poket ajaibnya dan berikan kepada Doraemon. Itu sebab Doraemon suka sangat Dorayaki. Pada hari ujibakat, semua robot – robot perlu menunjukkan kelebihan masing – masing untuk dipilih sebagai pembantu manusia. Sewashi (cucu Nobita) yang masih lagi bayi telah tertekan butang pilih pada alat kawalan di rumahnya. Disebabkan Sewashi suka Doraemon, ibu bapa dia setuju untuk menerima Doraemon. Sejak itu, Doraemon bertanggungjawab untuk mengasuh Sewashi.
Apabila Sewashi dah besar, dia membuat sebuah patung berbentuk Doraemon untuk dihadiahkan. Sewashi tidak dapat membuat telinga patung tersebut dengan baik. Jadi, dia mengarahkan robot tikus untuk memperbaiki telinga tersebut. Malangnya dia salah memberikan arahan pada robot tikus itu. Sebaliknya, robot tikus telah membuat telinga Doraemon kelihatan seperti telinga patung tersebut. Inilah sebabnya Doraemon takut tikus.
Kejap yer... Atok nak pegi buang air! Eh! Korang jangan pulak ikut atok. Duduk kat sini!
Aha... Meh kita sambung.
Tadi dah tahu macam mana Doraemon takut tikus. Sekarang atok citer macam mana telinga dia boleh tak der. Selepas tikus itu gigit telinga dia, Doraemon dikejarkan ke hospital robot untuk dibaiki. Semasa robot doktor membuat tetapan pada mesin pembaikan, Doraemon bersin dan menyebabkan robot doktor tertekan pelbagai butang. Maka proses pembaikan terus dimulakan serta merta dan robot doktor tidak dapat mengawal mesin tersebut. Selepas pembaikan, didapati telinga Doraemon terus dibuang oleh mesin tersebut.
Atok! Macam mana kaler dia lain jer? Apasal tukar kaler biru?
Haish! Tak sabor betul la budak nih! Tunggu la, atok baru nak citer ni.
Doraemon sangat sedih sebab Doramiyaki gelakkan rupa baru dia tu. Lalu dia membawa diri, menangis dan dia meminum ‘cecair semangat’ untuk mengembalikan semangatnya. Tetapi, dia menjadi terlalu sedih dan menangis tak berhenti sehinggakan suara dia bertukar. Malah, kaler badan dia pula tanggal sedikit demi sedikit menjadi biru. Pada keesokkan paginya, Dorami (robot pengasuh tambahan – adik kepada Doraemon) telah mencari dan menjumpai Doraemon di tepi laut. Doraemon menceritakan hal tersebut dan Dorami terlihat botol cecair yang diminum oleh abangnya itu adalah ‘Cecair Kesedihan’. Dorami memberitahu Sewashi telah sesat semasa mencari Doraemon.
Sekali lagi Doraemon mengeluarkan ‘Cecair Semangat’ untuk mengembalikan semangatnya tapi sebaliknya dia terminum ‘Denko Sekka’, cecair kelajuan yang menyebabkan badannya tidak boleh berhenti apabila bergerak. Semasa itu, Sewashi pula telah diculik oleh penjenayah angkasa dan dijadikan sebagai tebusan. Akibat tidak dapat menghentikan diri, Doraemon terlanggar kapal angkasa penjenayah dan menyebabkan kapal angkasa itu hilang kawalan dan jatuh. Poket Doraemon pula telah hilang. Doramiyaki lebih sukakan Doraemon dengan warna dan suara yang dia katakan sebagai seksi itu. Pada sambutan krismas, Doraemon dikejutkan dengan Minidora (robot seperti Doraemon tapi lebih kecil). Ianya dicipta sebagai memperingati jasa Doraemon yang membantu menangkap penjenayah. Pengetua sekolah pula datang dengan suit Santa dan memberikan Doraemon poket barunya. Doraemon kemudian dihantar ke zaman silam untuk membantu Nobita, atuk Sewashi. Begitulah ceritanya. Bermula dari saat itu, Doraemon mengeluarkan pelbagai alat dari poketnya untuk membantu Nobita sebagai mana kita dapat tonton pada masa sekarang.
Sebenarnya, cerita ini telah dianimasikan. Korang yang mana pandai cari tu, mesti jumpa siri animasi kelahiran Doraemon nih.
No comments:
Post a Comment